ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Isnin, 31 Oktober 2011

Memikat Tekukur: Telur untuk 4th Batch ( Update 31/10/2011 )

Memikat Tekukur: Telur untuk 4th Batch ( Update 31/10/2011 ): Tarikh : 17 oktober 2011 (isnin) 5.00pm Peristiwa : Telur Pertama untuk anak ke-4 Sangkar : No.1 Due Date : 30 Oktober 2011 Setelah se...

Sabtu, 29 Oktober 2011

Pepatah Melayu Kini

'' SEPANDAI - PANDAI MERBOK MELOMPAT, AKHIRNYA MASUK RAPUN JEBAK JUA"

Tarikh : 29 Oktober 2011
Peristiwa : Memikat Merbok Idaman
Lokasi : Kilang Malpro Ind. Sdn Bhd (tempat kerja)




  Dekat tepi kilang Malpro ini ada 2 ekor merbok yang setiap masa ada duk meratuh, berderak. Sekor suara kecik dan sekor lagi suara besar. Memandangkan kawe tiada pikat, usaha yang boleh dibuat hanya dengan memasang racik ranjau ditempat merbok ini turun makan. Masalahnya tak pernah sangkut dan akhirnya kawe pinjam pikat member. Selama 2 hari sejak jam 8.00 am - 6.00 pm berturut - turut namun tidak berhasil. Balik mengajar tekukur petang tadi sampai rumah dah malam, tengok ada hasil duk bergulung dalam rapun jebak. Akhir dapat jugak merbok tu tapi penantian belum selesai lagi kerana tak tahu dapat yang mana satu. Tunggu dengar hari-hari depan yang mana bunyi dan yang mana tiada kedengaran bunyi.

Delay Lagi

Tarikh : 29 Oktober 2011
Peristiwa : Telur Tak Berkualiti
Sangkar : No. 2


Ada udara dalam telur

Awal minggu induk sangkar No.2 mula bertelur tetapi anak belum pandai makan sendiri lagi. Telur pertama jatuh mungkin disebabkan diganggu anak. Kemudian anak terpaksa diasingkan dan selang sehari induk bertelur lagi sebiji. Pada mulanya induk mengeram tapi 2 hari lepas induk mula banyak tinggal telur dari mengeram. Pagi tadi kawe ambil telur dan periksa rupa-rupanya kulit telur nipis dan terdapat ruang udara di dalam telur. Induk jantan pula buat perangai duk memerap kat lantai sangkar bukannya nak panggil betina masuk sarang kat atas. Tunggu minggu depan kot - kot betina bertelur kembali.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Memikat Tekukur: Petua - Petua Old Timer (OTAI)

Memikat Tekukur: Petua - Petua Old Timer (OTAI): Disini kawe ingin kongsikan bersama2 dengan pembaca blog tentang beberapa petua turun temurun yang diamalkan oleh peminat - peminat burung t...

Kaedah Menyuap Anak Burung Tekukur

Di sini kawe nak kongsikan bersama satu rakaman video yang di buat oleh saudara Zack http://mozaikha96.blogspot.com. Video ini menunjukkan bagaima cara untuk memberi makan pada anak burung tekukur.

Sila klik pada link dibawah.
http://mozaikha96.blogspot.com/2010/02/video-bagi-makan-anak-bh.html?showComment=1319731981125#c1005440759878385120

Memikat Tekukur: 1st Batch Dari Sangkar Pesum No. 2

Memikat Tekukur: 1st Batch Dari Sangkar Pesum No. 2: Tarikh : 24 julai 2011 (Ahad) Peristiwa : Generasi Pertama pesum menetas Sangkar : No.2 Induk Betina : BB (kg) Guk 1 Suara Sedang Induk ...

Khamis, 27 Oktober 2011

Bini-Biniku Gangster

Tarikh : 26 Oktober 2011





Ini betina ke-3 yang kawe nak kahwinkan dengan duda sangkar pesum No.2. Betina ni Guk 1, ada rantau kadang2, ada gagap dan suara besar. Burung ni dah lama bertambat pemberian seorang kawan. Minggu pertama pasangan ini menunjukkan keserasian, duk beromen2 tetapi bila masuk minggu ke-2 si betina ni duk kejar & pukul jantan. Yang peliknya belah malam tidur rapat2, siangnya tibai jantan. Kesian tengok jantan sampai tak dapat nak makan, sekarang ni betina ni diasingkan untuk minggu suai kenal dengan jantan lain. Calon dah ada cuma tunggu masa yang sesuai sahaja. Jika dilihat pada gambar di atas, adakah burung ini burung betina @ jantan ?

Khamis, 20 Oktober 2011

Projek Baru Kerajaan Tempatan

Perumahan kos rendah

Anggar tak cantik


Projek ni baru je siap petang tadi, plan asal nak asingkan 3 ekor anak merbok & sekor Bh merbok terpilih. Tetapi rasa nak masukkan tekukur pun ada jugak sebab bercadang nak cuba kawenkan anak merbok tu. Anak merbok tu dah besar 2 betina 1 jantan, pelihara dari anak suap lagi. Esok nak letak PVC untuk bumbung dan letak bekas makan minum.

Isnin, 17 Oktober 2011

Generasi Ke-4 ( Update 23/11/2011 )

Tarikh : 17 oktober 2011 (isnin) 5.00pm
Peristiwa : Telur Pertama untuk anak ke-4
Sangkar : No.1
Due Date : 30 Oktober 2011


Setelah seminggu anak ke-3 berusia yang 3 minggu diasingkan, induk mula bertelur kembali untuk anak ke-4. Telur pertama keluar pada petang 17 oktober. Jika tiada apa2 yang menggangu telur ini akan menetas pada 30-31 oktober nanti.
.............................................................................................................


UPDATE 31 OKTOBER 2011


Anak Baru Menetas
Tepat jangkaan kawe kerana hari ini telur induk sangkar ini sudah pun menetas, tengahari tadi kelihatan kelibat anak dibawah badan induk betina. Tengok pada fizikal anak menunjukkan anak itu betina. Sangkar pesum no.3 dan 4 sudah menunjukkan potensi kerana masing - masing jantan sudah memerap dalam sarang.

.............................................................................................................................


UPDATE 04 NOV 2011


5 HARI
Masa ambil gambar ini induk keluar makan, jadi dapat juga lihat anak ke-4 dari induk ini. Sebelah kiri betina dan kanan adalah jantan. Berusia 5 hari dari terikh menetas 31 Okt 2011.
............................................................................................................................


UPDATE 10 NOV 2011


10 hari
............................................................................................................................

UPDATE 15 OKT 2011

2 MINGGU

............................................................................................................................

UPDATE 23 NOV 2011



Dah besar pun dan dah mula makan sendiri. Umur 3 minggu. Kali ini induk tak kalut nak masuk sarang mungkin terlalu awal untuk bertelur kembali

UPDATE 20/12/2011

Anak ini dah pun besar, yang jantannya ada kawan datang ambil manakala pasangannya dilepaskan kedalam ladung. Sekarang induk tengah mengeram telur untuk anak ke-5 dan kemungkinan hujung minggu ini menetas.

Selasa, 11 Oktober 2011

Ujian Menukar Pasangan

Tarikh : 11 oktober 2011
Sangkar : No.3
Peristiwa : Proses menukar betina baru 

Betina lama masih belum sembuh elok dari sakit. Setelah 3 kali percubaan menukar pasangan gagal, akhirnya induk jantan ini suka pada betina baru ini. Betina ini sudah setahun tambat sangkar layang, Guk 1 sora kasar dan ada gagap 2-3 patah. Roma tembaga serta bebadan besar (seperti jantan). Mudah - mudahan jodoh mereka berdua kekal ke anak cucu hehe. Tempoh percubaan 1 minggu.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Tangkapan Sulung BB Jebak

Tarikh : 27 Sept 2011 (Selasa)
Pikat : BB Subang 
Kaedah : Jebak
Lokasi : Kawasan Kilang Sg. Choh

BB ini pemberian saudara Basri Bkt Beruntung pada januari 2011 dan asalnya BB ini ditangkap di Subang USJ. BB sudah setahun dipelihara oleh tuan empunya sebelum bertukar tuan. Selama 5 bulan dibawa ajar atas tanah tidak berhasil kerana sifatnya yang liar dan menggelupur. BB ini kemudiannya diajar menggunakan jebak selama 3 minggu dan tarikh diatas merupakan pembukaan buku baru bagi BB ini untuk maju selangkah.




Update 8 Oktober 2011 
Selepas dapat kawe terus ikat pada sangkar layang. Esoknya kawe tengok dia makan elok je, duduk steady je...tak menggelupur pun. Hari berikutnya dah berdeguk pulak....hummm tunggu dan lihat apa nak jadi dengan dia.