ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Selasa, 4 Mac 2014

Tumang Special

Duk hajat dalam ati nak rest doh main tekukur. Pesum - pesum pun dah lama tak buat. BB & pikat pun bagi makan minum jah....mandi jemur pun dah tak terjaga apatah lagi nak bawak ajar. Nampak gayanya tak jadi rest sebab ada kawan bagi hadiah TUMANG Stainless Steel yang dibuat sendiri. Terima kasih...


Khamis, 27 Februari 2014

Kelah Oh Kelah

Awal - awal tahun baru ni duk gila cari sang kelah pula. Sebabnya dapat akuarium yang bos tak pakai, bulih tahan juga la besarnya sebab sebelum ni buat bela arowana. Kebetulan cerita adik kawe dapat kelah berat dalam 3kg dekat sungai area bentong. Misi mencari saki baki dilancarkan dengan segera, dan hasilnya dapat la anak-anak kelah bersaiz 4-5 inci 5 ekor. Misi akan diteruskan dari masa ke semasa.


Selasa, 25 Februari 2014

Murai Batu

Trip Murai Batu

Hujung tahun lepas kawe balik kg. Kebetulan ada member buat trip mikat MB. So join je la sbb dah lama tak mikat MB nih. Dulu masa zaman sekolah dulu rajin la mikat MB. Jadi malas nak mikat MB tu sebabnya tak tahu kaedah nak ajar MB hutan tu makan dedak. Enjoy gambar je la.....MB semua ada dengan member di kampung.





Jumaat, 21 Februari 2014

Imbasan 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog Pemikat Tekukur

Sejak laptop rosak....kerja-kerja meng up date blog langsung tak buat. jenguk blog pun kadang-kadang je, itupun pinjam komputer kawan sepejabat.

Sepanjang tahun 2013 aktiviti memikat pun tak serancak tahun sebelumnya. BH di laman dekat dekat semakin kurang, yang duk ada pun celir....adoiiii yaa haha

nak cerita panjang-panjang pun mood xbrapa rajin nak menaip. enjoy gambar je la.


Laman Lanchang Pahang





Laman Kg Tuah Rasa




Laman Tol Bkt Beruntung Rawang




Laman MISB