ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Khamis, 12 Mei 2016

1st Step Breeding Programe : Tekukur Jawa (Ringneck Dove)


Setelah sekian lama breeding programe terhenti dan kini aku nak mulakan balik perlahan - lahan. Pikat SJ aku dan pun dalam program tersebut tetapi sehingga kini masih tidak berhasil setelah 3 kali burung betina bertelor dan mengeram hanya separuh jalan sahaja kerana jantan tidak pandai mengeram. Burung betina tu pun kini dah mati dan diganti dengan betina baru yang masih belum bertelor sehingga hari ini (dalam proses suai kenal).

Sebagai langkah alternatif aku perlu mendapatkan sepasang tekukur jawa (ringneck dove) untuk dijadikan ibubapa tumpang mengeram & jaga anak. Sesetengah tempat gelarkan ianya sebagai MESIN. Akhirnya aku dapat juga sepasang kebetulan ada kenalan nak jual tekukur jawa dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM30/pair. Kebiasaan yang dijual dikedai - kedai burung harganya RM50-60/pair. Kemudian 2 minggu lepas aku beli lagi sepasang dari kenalan yang lain dengan harga yang sama juga iaitu RM30/pair dan kini aku ada 2 pasang tekukur jawa untuk dijadikan ibubapa tumpang.

Pasangan tekukur jawa yang aku beli ini boleh dikatakan elok kerana dia duduk sepanjang masa dalam sarang bertelor walaupun xda telor. Mudah - mudahan berhasil kelak.