ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Isnin, 23 Mei 2016

Trip Jengka 10 20052016



Sudah 2 minggu plan asyik tertunda atas faktor - faktor yang tidak dapat dielakkan. Setelah membuat perangcangan akhirnya trip ke jengka berlangsung walaupun kekurangan ahli berikutan ada kenduri. Aku bersama hairi kota damansara a.k.a spark deng (FB) bergerak dari kuala lumpur jam 5.00 pagi dengan diiringi hujan. Sampai di jengka sekitar jam 7.30 pagi dan cuaca masih gerimis. Kawan sehobi yang tinggal di sana akan bawa kami ke beberapa laman pilihan. Setiba kami di laman cuaca kembali baik namun sedikit hampa kerana tiada keriuhan tekukur hutan. Kami berpindah ke beberapa laman sehingga petang cuma ada satu laman sahaja yang ada burung pilihan kami. Pikat kawan yang aku pakai menghampakan, hanya beraksi di waktu pagi sahaja dan itu pun tidak bersungguh. Tahniah kepada hairi kerana berjaya tewaskan burung target namun masih ada lagi seekor burung target tidak berjaya dibawa pulang. Terima kasih pada saudara Hafiz dan kawannya yang sudi bersama kami melaman di sana