ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Jumaat, 24 Jun 2016

22062016 Bukit Tagar by TIRAM BURUK




Cuti hari Nuzul Quran aku menafaatkan belah paginya dengan tujuan untuk repeat laman minggu lepas iaitu laman BH suara kasar dengan laman gagap 5 patah.

Setting dengan kawan (jamen) pun dah last minute, dia pun tiada plan nak ke laman mana just follow aku sahaja nak ke mana pun. Kami gerak ke laman pun dah lewat sikit dan setiba di laman BH suara kasar tiada kedengaran bunyi BH tu cuma ada 2 - 3 ekor bh bunyi ala kadar.

Kami bergerak kehadapan sedikit terdengar bunyi BH sedang berdeguk, Guk 1 dan suara pun boleh tahan tingginya. Kami berpecah perlahan lahan berjalan menghimpit anggar BH tadi, setiba dekat dengan anggar bh tadi pula melambung ke laman lain. Aku patah balik ke tempat letak motosikal kedengaran bh tadi berdeguk di kawasan itu. Aku turunkan KELAB GOLF dan jauh sebelah kiri aku turunkan TIRAM BURUK. BB Kelab Golf buat kerja seperti biasa dan bh tadi pun melambung sana sini mencari lawannya. Nampak gayanya susah nak tapau kerana bh tadi tidak mahu datang mengadap Kelab Golf cuma datang beranggar jauh. Kemungkinan sibuk membuat sarang kerana aku nampak kelibat betina dan bh tu pun memerap dekat betina.

Tiram Buruk di turunkan kerana hendak mencuba sedut SJ di sebelah sana. Bh SJ datang beranggar dan disambut baik oleh Tiram Buruk (good job), kemudian tetiba datang seekor lagi dari belakang aku hinggap atas pelepah sawit atas kepala aku. Memekik dia dekat atas tu menyahut si Tiram Buruk, terdetik dalam hati aku dengan harapan supaya bh ni masuk ke laman Tiram Buruk. Suara A+ (kasar & tinggi) sedap didengar.

Dari satu pokok ke satu pokok bh menyelusup menuju ke Tiram Buruk. Bh ni turun dengan penuh gaya ke laman Tiram Buruk dari 5 pokok sawit. Berlari sambil menguku masuk laman terus tersadong....Alhamdulillah. Harini aku beli sangkar layang baru untuk dia hehe

Next time nak repeat BH yang di laman KELAB GOLF. Aku berpuas hati dengan prestasi KELAB GOLF walaupun tidak berjaya menurunkan bh tu.