ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Khamis, 8 Jun 2017

Rangkuman Kisah Tapau 2017



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terima kasih buat semua pengikut setia blog Pemikat Tekukur yang tak seberapa ini. Anda semua terbaik dan sangat sporting.

Hari ini rasa sedikit kebosanan dan cuba untuk kemaskini blog ini kerana sudah lama tiada coretan hobi untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua.

Coretan ini mengisahkan jentera baru saya selepas Pikat Kelab Golf dibaham kucing. Bagaikan hilang punca kerana Pikat Kelab Golf merupakan satu-satunya pikat buruk yang ada. BB lain ada tapi sekejap main sekejap tak main, kalau bawa melaman pun buat sakit hati sahaja.

BB baru ini adalah anak hasil reban sendiri yang mana Induk jantan pikat kawan (Mat Sempoi) & induk betina BB aku sendiri. Anak pertama tunggal bagi pada mat sempoi dan aku ambil anak 2nd batch. Anak 2nd batch dapat sepasang tapi sayang anak betina mati atas sangkar layang.

Hampir 2 tahun BB Sempoi menggalak di sangkar layang dan tahun ini aku mula ajar catok dan turun tanah.

Dibawah adalah gambar-gambar tapau bersama BB Sempoi. Masih muda dan masih baru lagi di laman, alhamdulillah tidak mengecewakan setakat hari ini.