ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Ciri - ciri Fizikal Pemilihan Tekukur

CIRI - CIRI FIZIKAL TEKUKUR UNTUK DIJADIKAN PIKAT

Mengenal pasti ciri - ciri fizikal seekor burung tekukur merupakan
aspek yang paling utama yang perlu dinilai dalam pemilihan
burung yang ditangkap untuk dijadikan sebagai Pikat/Denak.
Kelantangan suara, kecil, sedang atau besar suara burung itu
merupakan faktor kedua dalam proses pemilihan. Dari rupa bentuk
fizikal kita boleh mengetahui samada burung itu berpotensi untuk
menjadi pikat, cepat jinak, senang diajar memikat, jenis - jenis
permainannya dan sebagainya.

Ciri - ciri fizikal yang dikenal pasti oleh pemikat masa dulu sehingga
sekarang merangkumi rupa bentuk anggota badan burung bermula
dari paruh hingga ke khaki. Setiap sekor burung yang ditangkap kemudian
ditambat atau dimasukkan dalam sangkar akan mengambil masa
dalam lingkungan 4-6 bulan untuk serasi dan jinak dengan pemiliknya.
Kemudian ianya akan diajar untuk memikat samada dengan kaedah meracik
atau menggunakan jebak sehinggalah bergelar pikat, denak atau pemikat.

Proses mengenal pasti ciri - ciri ini sangat penting kerana setiap pemikat
tidak mahu membuang masa dengan menyimpan burung tekukur yang
tiada potensi menjadi pikat, tiada permainan, mudah kalah, tidak berterusan
menjadi pikat, memilih laman dan sebagainya. Ada kala seseorang pemikat
menyimpan burung sehingga 3 tahun tapi masih belum menjadi pikat.

Tips to choose spotted dove .( di petik dari Laman Web nokkhoa.com )
this tips are from thai central old book decribing a charactor of spotted dove that easy to train . as we know that not many spotted dove will be tame and cooo to the owner.

1. the reddish feather colour bird, it must look red the whole body
2. the light feather colour bird , the whole body must be light and look smooth.
3. iris in the eye - good bird usually have the small black line at the inner part of red iris
4. colour of the eye - good bird usually have big red area and small black eye, if small red area with large area of black eye not so good.
5. black line that place from mouth to the eye must placed upward , if placed downward not so good.
6. spot on it's neck - small spotted birds and spot not form in a circle not so good.
7. spotted on it's neck must be big spot and not messy
8. the patch on the sholder - if the end of patch sharp , bird not so tame ... choose the one that have the round patch.
9. the lenght of tail must be shorter or the same lenght of the body ... long tail bird not good
10. the feather under tail must be large and long
11. do not choose small feet bird, a dark scale feet not considered a good bird
12. the feet must be large and scale look so bright and red
13. numbers of scale on it's feet must be the same both left and right ... the bird will be stable
14. the pelvic bones must be close and narrow .



Disini saya ingin kongsikan serba sedikit apa yang saya pelajari dari
pemikat - pemikat tegar dan yang telah lama melibatkan diri dalam
seni warisan melayu ini.

1. Paruh
    i. Nipis
   ii. Renggang ( rajin berbunyi )
  iii. Paruh seperti paruh burung kelicap ( rajin berbunyi / burung tua )





2. Hidung
    i. Besar
      - Mampu mengawal nafas membuatkan burung itu tidak mudah letih dan rajin berbunyi.
      - Dikatakan bersuara lantang dan kasar tapi tidak semua burung mempunyai hidung besar
         mempunyai suara yang kasar

3. Celak
    i. Celak atau alis yang berada dipangkal paruh seperti satu garisan yang menghala kearah
       mata hendaklah nipis seakan - akan sebatang jarum menikam kearah mata atau
       menghala naik keatas mata.
   ii. Celak yang menghala kebawah mata menunjukkan burung itu liar dan susah untuk
       diajar.
  

4. Lesum Pipi
    i. Burung tekukur yang mempunyai lesum pipi juga dikatakan jenis burung yang
       rajin berbunyi dan elok disimpan untuk dijadikan pikat namun harus ditambah
       dengan ciri - ciri fizikal yang lain.
5. Mata
    i. Burung tekukur yang mempunyai mata kuning yang luas dan mata hitam yang kecil
       menunjukkan burung itu jenis burung yang berani dan mudah diajar serta cepat
       jinak manakala mata kuningnya kecil dan iris mata hitam besar menunjukkan
       burung itu jenis liar dan susah untuk menjadi pikat.
   ii. Mata keli ialah bermakna burung itu memiliki mata yang lebih kecil dari saiz mata
      yang biasa namun ianya boleh dikatakan amat sukar untuk dijumpai.


Akan bersambung...........